
Sudah menjadi Tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Besarlah harapan ibu bapa untuk melihat anak-anaknya berjaya.Namun, bagaimana cara mendidik anak-anak kita? Adakah ada cara-cara khusus untuk mendidik anak-anak lebih –lebih lagi pada usia 4-12 Tahun yang sememangnya agak mencabar emosi ibu bapa. Perkongsian kali ini adalah cadangan cara-cara mendidik anak-anak pada usia 4- 12 tahun.
1.Memahami Tahap Perkembangan Anak
Kita perlu memahami perkembangan anak-anak terlebih dahulu. Berikut merupakan fasa-fasa tahap perkembangan kanak-kanak secara umum:
4-6 Tahun: Fasa ini fokus kanak-kanak lebih tertumpu kepada kemahiran motor kasar dan halus( otot besar dan otot kecil) , bahasa, dan sosial. Jadi aktiviti bermain sangat penting dalam merangsang perkembangan kreativiti dan keterampilan sosial.
7-9 Tahun: Anak-anak mulai menunjukkan minat yang lebih mendalam pada topik tertentu. Kemahiran membaca, menulis, mengira.
10-12 Tahun: Fasa ini disebut perkembangan jati diri. Mereka mungkin lebih tertarik pada minat dan aktiviti tertentu dan memiliki keinginan untuk merasa diterima oleh rakan-rakan sebayanya.

2.Didikan akhlak (Penghayatan Agama) dan moral
Pada usia ini Penghayatan Agama atau Moral perlu ditanam dalam diri anak-anak.
Tak semestinya perkara-perkara yang susah. Ajarkan mereka adab yang sesuai dengan peringkat umur mereka contoh Adab bercakap dengan ibu bapa,adab makan dan sebagainya.
Tentukan aturan dan batasan agama atau moral yang jelas dan konsisten.Berikan batasan yang sesuai dengan tingkat perkembangan mereka.Jelaskan juga sebab positif dan negatif dari perilakuan mereka supaya anak-anak berfikir dan mendapat sebab yang jelas.

3.Rangsang kreativiti Anak-Anak
Berikan kesempatan untuk anak-anak kita bermain dan berekspresi secara kreatif. Beri kebebasan dan dorong kepada mereka untuk menerokai berbagai bentuk seni, musik, gerakan dan sebagainya.
4.Kembangkan Keterampilan Sosial
Ajarkan anak-anak kita bergaul bertolak ansur, bekerja sama, dan berkomunikasi dengan baik dengan kanak-kanak yang lain. Jika ada masa terluang,ibu bapa bolehlah memerhati percakapan ,perlakuan anak-anak mereka ketika bermain sesama kanak-kanak yang lain.
Jelaskan apa yang boleh dan apa yang tak boleh untuk anak-anak mereka lakukan ,terangkan sebab dan akibat jika mereka melakukan perkara yang tak senang di mata kita.
5.Mendorong Rasa Tangungjawab
Berikan tugas-tugas yang sesuai dengan usia anak-anak anda untuk mengembangkan rasa tanggung jawab mereka contoh: menyimpan permainan mereka selepas bermain,menjaga binatang peliharaan mereka dengan baik dan sebagainya.
Dorong mereka untuk membuat keputusan dan menyelesaikan tugas sendiri. Pastinya masa bersama-sama anak anda menjadi lebih menyeronokkan.

6. Berikan Pujian dan Dorongan
Anak-anak akan menjadi lebih bersemangat jika pujian diberikan kepada mereka setelah mereka berjaya melaksanakan sesuatu perkara yang positif. Ini juga dapat meningkatkan semangat mereka untuk melaksanakan perkara-perkara positif contoh : memberikan pujian selepas mereka berjaya menyimpan semula permainan mereka selepas bermain.
7. Membentuk Kebiasaan Positif
Ajarkan anak-anak kita pentingnya kebersihan, tidur yang cukup, dan pola makan menyihatkan.Ibu bapa menjadi cerminan peribadi yang positif oleh itu, tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak kita.
Tanamkan budaya kebiasaan membaca dan menanamkan minat pada pembelajaran.Selain daripada tugas guru di sekolah, ibu bapa perlu juga menunjukkan mewujudkan budaya ilmu di rumah. Sediakan ruangan pembelajaran. Tak semestinya besar dan mewah .Cukuplah untuk keperluan dan mengikut kemampuan kita.

8. Melakukan Akiviti bersama
Ajak mereka untuk terlibat dalam kegiatan keluarga, seperti bermain aktivit yang mengerat hubungan sesama keluarga atau memasak bersama.
Ruangkan waktu untuk bersama mereka dan mendengarkan pengalaman dan cerita mereka.Anak-anak suka bercerita hal semasa mereka di sekolah. Maka dengarlah. Jika perkara ini kita sentiasa lakukan, memudahkan kita memantau anak kita semasa mereka berganjak ke usia remaja kelak.
9.Keseimbangan
Pastikan mereka memiliki waktu yang cukup untuk bermain dan bersantai, serta belajar di sekolah. Pantau kegunaan gajet anak-anak kita.Jangan biarkan mereka terleka dengan gajet sehingga melupakan aktiviti dan tugasan yang lain.

10. Berkomunikasi Secara Terbuka dengan anak-anak:
Ketika usia anak anda dalam lingkungan 4-12 Tahun ini, komunikasi dan percakapan mereka menjadi semakin baik dan lancar,mereka juga mahu meluahkan emosi mereka terhadap sesuatu perkara. Jadilah pendengar yang baik dan dengarlah segala rintihan ,celoteh dan kegusaran mereka terhadap sesuatu perkara.
Kesimpulan
Kita sebagai ibu bapa perlu menyedari bahawa setiap anak-anak kita adalah unik.Mereka mempunyai tingkahlaku dan karektor yang berbeza . Oleh itu, pendekatan yang efektif untuk seseorang anak mungkin tidak sesuai untuk anak mereka yang lain. Penting untuk kita memahami kehendak dan pendekatan setiap anak-anak kita. Semoga bermanfaat.
